Terlalu lama dalam kesibukan kota
Kadang-kadang kita perlukan ruang untuk berhenti seketika dan bernafas.

Pakej Lawatan Sehari Royal Belum
Terokai Royal Belum dalam satu pengembaraan sehari — dari air terjun dan trek hutan hingga ke sira binatang dan kampung Orang Asli.
Satu hari.
Empat lokasi menarik.
Satu pengalaman yang sukar dilupakan.
24 Oktober 2026 • 8 November 2026
Tarik nafas. Perlahan-lahan.
Ada masa kita cuma perlukan sehari untuk berhenti seketika daripada kesibukan hidup.
Jauhkan diri daripada trafik, bunyi kota dan rutin harian. Masuk ke Royal Belum dan rasai sendiri suasana hutan hujan yang luas, sungai yang jernih dan air terjun.
Bukan sekadar melihat alam. Anda juga berpeluang mengenali tumbuhan dan haiwan yang terdapat di negara kita serta melihat sendiri kehidupan komuniti Orang Asli.
Dan yang paling penting, anda pulang dengan pengalaman yang berbeza daripada rutin biasa.

Ruang untuk diri sendiri
Kadang-kadang kita perlukan ruang untuk berhenti seketika dan bernafas.
Nikmati suasana hutan, air terjun dan sungai jauh daripada kesibukan bandar.
Kenali alam semula jadi Malaysia, tumbuhan, haiwan dan kehidupan komuniti setempat.
Bukan sekadar jalan-jalan. Anda akan menaiki speedboat, trekking dan meneroka beberapa lokasi menarik di Royal Belum.
Satu hari sahaja. Tidak perlu mengambil cuti panjang untuk menikmati pengalaman alam semula jadi.
EMPAT TEMPAT PERSINGGAHAN
Satu hari ini membawa anda melalui beberapa pengalaman berbeza — dari perjalanan di atas air hingga langkah-langkah kecil merentas hutan.

Mulakan pengembaraan dengan trekking menuju kawasan air terjun Sungai Kooi. Nikmati suasana hutan dan udara segar sepanjang perjalanan.

Terokai kawasan Sungai Papan dan lihat sendiri salah satu kawasan yang digunakan hidupan liar untuk mendapatkan sumber garam mineral.

Nikmati suasana sungai, lihat kawasan santuari ikan dan luangkan sedikit masa untuk menikmati air yang menyegarkan.

Kenali kehidupan dan budaya komuniti Orang Asli yang tinggal di kawasan sekitar Royal Belum.
Dari jeti ke hutan
Masuk ke kawasan Royal Belum dengan speedboat.
Berjalan melalui kawasan hutan menuju lokasi menarik.
Nikmati suasana air terjun dan alam semula jadi.
Kenali kawasan sira binatang dan ekosistem hutan.
Kenali komuniti Orang Asli dan kehidupan setempat.
Mudah dan jelas

Masa
9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat Berjumpa
Jeti Awam Pulau Banding
Umur
Minimum 7 tahun Maksimum 68 tahun
Sesuai Untuk
Famili • Individu • Pencinta Alam • Adventure
DUA TARIKH PILIHAN
Sabtu
24 OKTOBER 2026
Ahad
8 NOVEMBER 2026
RM199 / SEORANG
Harga sama untuk dewasa dan kanak-kanak.
Kami menyediakan 2 tarikh untuk pilihan anda . Jika salah satu tarikh sesuai dengan anda,
buat tempahan sekarang.
Rashid
Shah Alam
“Pertama kali saya dapat experience masuk Royal Belum. Guide sangat berpengalaman.”
Veronica
Penang
“I took my family here. We all enjoyed the trip so much. Highly recommended”
Faridah
Ipoh
“Tempatnya sangat cantik, trekking ke tempat-tempat menarik.”

20 tahun pengalaman
My Adventure Host Training and Expeditions mengendalikan pelbagai program outdoor dan pengalaman pengembaraan.
Kami telah beroperasi selama 20 tahun dan sentiasa memberikan perhatian kepada aspek keselamatan dalam setiap program yang dikendalikan.
Tempahan
Pilih tarikh anda dan isi borang di bawah. Kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan.